Monday, November 2, 2009

KEM PENGHAYATAN ISLAM DAN SAINS


SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

Salam wrbt

Di kesempatan ini, saya menjemput adik-adik, para pelajar, sahabat-sahabat berumur 13-17 tahun untuk menyertai KEM CUTI SEKOLAH seperti dalam banner. InsyaAllah para peserta akan menemukan kelainan dari segi pengisian dan modul yang dirangka khas oleh Nisa Puchong untuk mengoptimumkan waktu cuti sekolah para pelajar.

Dengan tema "BRIDGING ISLAM & SCIENCE TOGETHER", objektif kem ini diadakan ialah untuk:

  • Menyedarkan pelajar tentang hubungkait Al-Quran dan sains.
  • Menginsafi bahawa kejadian alam terjadi dengan kuasa Allah S.W.T.
  • Menghayati sunnah Rasulullah S.A.W. dalam aspek sains kehidupan.
  • Memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan aktiviti pembinaan jati diri dan elemen-eleman kerohanian untuk para pelajar sekolah

Untuk mendaftarkan diri, sila hubungi Unit Pendaftaran Kem (nama dan no.telefon seperti di atas) dan sahkan penyertaan dengan membayar RM 30 (penginapan, makanan, pengangkutan, sijil, dll).

Mudahkan? Jom sama-sama kita manfaatkan waktu cuti sekolah ini..

Jumpa di sana ya!


Sunday, October 4, 2009

Hidup Bersama Ilahi

HIDUP BERSAMA ILAHI

Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya

Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah

Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti

Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi

Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan

Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya

Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan

P/s: Thank you Allah for always being there.. Engkau Maha Mendengar.. setiap masa, antara sedar atau tidak..

Thursday, September 24, 2009

Syawal 1430H dan Semangat Muhibbah

Salam wrbt..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Rasanya masih belum terlambat utk saya mengucapkan "Salam 'Eidulfitri kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada".. Mari kita sama-sama melafazkan kesyukuran kpd Allah kerana diberi kesempatan menyambut Syawal pada tahun ini.. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yg beragama Islam dan yg bukan beragama Islam kerana tidak pernah lupa menyampaikan ucapan selamat menyambut hari raya.. Sesungguhnya kemeriahan Syawal ini amat dirasai hanya melalui ucapan-ucapan yg diberikan.. Bertuahnya Malaysia kerana masih mempunyai masyarakat berbilang bangsa yg mengamalkan dasar menghormati budaya dan adat resam masyarakat berlainan fahaman agama.. Saya tidak pasti sejauh mana semangat muhibbah ini dapat dirasai oleh masyarakat seantereo dunia, hatta jiran-jiran di sekelilingnya seperti Singapura, Indonesia, Brunei, dll. Hanya mereka yg berada di sini sahaja yg mempunyai jawapan utk persoalan tersebut.. Berdoalah moga kesejahteraan yg kita nikmati ini berpanjangan. Namun kerja kita belum selesai.. Terlalu banyak sehingga entah sempat atau tidak utk kita rasai. Mudahnya, samada kita sempat menikmati hasil perjuangan atau syahid sebelum masanya? Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada pejuang-pejuangNYA khususnya di negara ini sampai bila-bila.. Ameen..

Entri kali ini sebenarnya lebih berkisar kepada sambutan Syawal 1430H. Hari ini hari ke-5 Syawal. Bagi diri ini, tidak dinafikan masih lagi dalam 'mood' Aidilfitri. Manakan tidak, baru beberapa jam yg lepas, selamat sampai di rumah selepas 3 hari berhari raya di selatan tanah air. Emm, 3 hari berhari raya di negara yg pernah bergelar Temasek, memberi peluang kepada saya utk 'menganalisa' banyak perkara, dari pelbagai sudut.. Bukan tidak pernah berhari raya di Kota Singa sebelum ini, malahan dari kecil sampai sekarang, memang di sinilah 'kampung halaman' yg menempatkan nenek dan atuk utk kami ziarahi.. Cuma kali ini, kunjungan hari raya ada impak ke atas kami warga Malaysia. Hampir setiap rumah yg kami kunjungi akan bertanyakan isu 'politik' di Malaysia.

"Maaf ye nak tanya, apa dah jadi dgn Malaysia sekarang ni?" tanya pakcik "S"
"UMNO dgn PAS....bla...bla..bla..." hujah dari pakcik "B"
"Korang sokong ******?" direct question from makcik "Y"

Emm.. ini tak termasuk hujah-hujah dari pihak warga Kota Singa dan pihak ex-Tanah Melayu.. sungguh gamat suasana hari raya kali ni! (^_^) Menarik pun ada! Geram pun ada! Lucu dan nak tergelak pun ada melihatkan Yang Berhormat dari kedua-dua negara mengeluarkan hujah dan membalas hujah! Bercampur baur antara rasional dan emosional! (^_^)... Apepun tiada unsur-unsur pergaduhan / saling membenci sesama sendiri.. For me, it was really a healthy debate.. It shows that even the people who lives outside from Malaysia concern about what happened in Malaysia.. Of course they are trying to project out what they think, feel or knows.. Deep inside my humble thoughts, are we as the Malaysian really try to stand out and fight for our rights? Or at least what we feel towards our country / systems / etc when other people from other country try to "misguided" / "misintrepret" the facts about us? Do we just keep our mouth shut and let them do the talking? All these keep playing in my mind for the past 3 days..

TQ Allah for the chance that you have given to me..

Berbalik kepada sambutan Syawal, pagi hari raya pertama seperti biasa dikunjungi "warga bapa" bersama warga pemuda.. petang sedikit, datang pula sahabat yg tak pernah 'miss' berhari raya di rumah ini (Lisa, Fifi, Irdina dan Iryssa).. Thanks a bunch my friend (kawan sejak tadika = hampir 20 tahun rupanya Lisa!) Moga hidup Lisa sekeluarga diberkati Allah.. Emm sejak pagi, tak putus-putus kanak-kanak datang ke rumah. Lepas dah datang, siap panggil 'geng' yg tak datang lagi! Hehe, sungguh comel dan naif. Hati suci kanak-kanak ini terserlah bilamana duit raya nak dihulurkan, mereka takkan terima kalau dah terima masa kunjungan mereka sebelum ini.. Pelik? Tak pelik bukan? Sebab mereka memang luhur budi jika dibandingkan dgn org dewasa yg pernah juga mempunyai "hati" suci seperti kanak-kanak ini..

Malamnya kami menerima panggilan telefon mengatakan atuk busu tenat. Apa lagi, bergegas kami ke Melaka dan sampai di sana dalam jam 12 pagi.. Tak berapa lama, tiba pula adik-beradik atuk dari Singapura.. Kami semua terlena dalam jam 3 pagi selepas mengadap atuk busu yg sungguh tenat.. Keesokannya, kami perlu meneruskan perjalanan ke Johor sebelum ke Singapura, utk meneruskan misi ziarah hari raya kami.. Dari Melaka ke Tg Labuh melawat sepupu sebelah mama.. wah, ramai rupanya saudara mara bila dijejaki semula.. pergi sahaja ke "rumah ibu", insyaAllah dapatlah kita bertemu dgn semua saudara mara yg tak pernah pun kita kenal.. kalau berselisih di KL ni, tak pasti kita kenal atau tak! Maka amalan ziarah ini sebenarnya sgt bermanfaat utk kita saling bersilaturrahim. Meneruskan misi ziarah, kami ke Pontian, adik-beradik sebelah ayah pula.. seperti biasa, pergi sahaja ke "rumah ibu", dapatlah berjumpa dgn makcik-pakcik.. Alhamdulillah.. Oh misi tak selesai lagi.. pergi pula ke Kangkar Pulai.. dapatlah kami merehatkan badan utk menunggu waktu yg sesuai masuk ke tambak Johor. Dalam jam 1 pagi, kami pun bergerak. Alhamdulillah tiba jam 4 pagi.. Perlu rehatkan diri. Esok dan lusa masih ada misi yg belum selesai.. Moga Allah ampuni dosa-dosa kami sepanjang perjalanan ini.. Moga Allah berkati niat kami.. Ameen..

Cukup sekadar ini, mudah-mudahan kehadiran Syawal ini mengingatkan kita tentang fitrah kejadian kita selaku hambaNYA yg sangat kerdil, selaku ummat junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW, dan pelbagai amanah yg lain..

Wallahu'alam...

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, WA LILLAHILHAMD..


P/S: InsyaAllah bertemu di N31 (^_^)

Friday, September 4, 2009

Badar Qubro

Salam wrbt..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar!

Masih lagi dalam bulan penuh kemuliaan, Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi keizinan kepada hambaMu ini meneruskan 'ibadah puasa Ramadhan yg hanya sekali setahun.. Tinggal 15 hari shj utk kita nikmati segala tawaran 'special' khusus buat umat Nabi Muhammad s.a.w.. Jom kita sama2 berlumba-lumba mendapatkannya, walau hakikatnya saya lebih suka "go for the QUALITY, not QUANTITY." Apepun, sering saya mengingatkan diri ini, agar istiqomah dlm apa jua yg dilakukan sejajar dgn tuntutan dan seruan junjungan mulia Nabi yg kita kasihi..

Jika kita menelusuri sejarah, pelbagai "event" yg terjadi dalam bulan Ramadhan.. Antaranya ialah Nuzul Quran dan Badar Qubro.. (Maaf saya tak dapat menceritakan " in details", insyaAllah akan cuba meng'update' ilmu yg sangat cetek yg ada dalam diri ini).. Mudahnya, utk diri kita ini, kita juga sebenarnya sedang menghadapi "badar qubro & sughro": iaitu mujahadah dgn diri sendiri, menundukkan segala nafsu yg mazmumah.. utk buang semuanya adalah tidak logik, jadi kita hanya mampu mengawal dan seterusnya menundukkannya dengan sentiasa istiqomah, berdoa dan bertawakkal kpdNYA..

Maaf perlu undur diri, bersambung nanti..
Wallahu'alam..


P/S: Sehingga ke saat blog ini di update, memang sohih tentang berita kematian ADUN Azman Md Nor.. Dalam tempoh 60 hari, insyaAllah akan adanya PRK di DUN saya mengundi.. Moga Allah merahmati para pejuang addeenNYA walau di mana-mana..

Friday, August 28, 2009

Ramadhan Kareem

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah: ayat 183)

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Salam Ramadhan..

Akhirnya bertemu kembali dalam bulan penuh barokah, bulan maghfirah, madrasah perjuangan dan pengorbanan.. dan segala macam istilah.. semuanya kerana RAMADHAN..

---BERSAMBUNG---

Wednesday, August 5, 2009

PAGI!


Salam wrbt

SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR!


PAGI!

Terima kasih Allah kerana memberikan kehidupan kepadaku hari ini.
Alhamdulillah! Allahuakbar!

Motivasi ini kami dapat secara 'live' dari prgm yg baru dianjurkan pada hari sabtu-ahad lepas. Bagi yg berkesempatan, tahniah dan sebar-sebarkanlah 'ilmu yg bermanfaat itu kpd sahabat-sahabat yg nak hadir tapi tak berpeluang hadir.. Bagi yg tidak hadir, jgn merasa ketinggalan / terpinggir, kerana seseungguhnya Allah Maha Mengetahui niat masing-masing.. insyaAllah kita boleh berkongsi 'ilmu dlm blog ni..

PAGI!

Suka utk saya berkongsi secara ringkas tentang perkataan "PAGI!" seperti yg telah disampaikan kpd kami para peserta.. Pn Mastura selaku consultant akan mengingatkan kami hampir setiap masa utk menyebut "PAGI!" walaupun pada masa itu ialah waktu t'hari / ptg / juga mlm! Kelakar juga rasanya, nak sebut "PAGI!" pada waktu mlm.. Namun rasional pertama yg ingin Pn Mastura beri ialah agar kita sentiasa set kan dlm minda kita bahawa kita masih berada di waktu pagi, jadi kita tidak merasa penat utk bekerja dan lebih bersemangat.. Rasional kedua ialah: Bukan mudah sebenarnya nak membuat sesuatu di luar norma / adat.. ni baru minta sebut "PAGI!" pada waktu yg bkn pagi..

Utk para pembaca yg berminat nak cuba motivasi ringkas tapi insyaAllah berkesan, pastikan sebutan dan intonasi "PAGI!" perlu bersemangat sambil menggenggam tgn..

PAGI!

Biarlah apa org nak kata, asalkan tak melanggar syariat

Sekian motivasi PAGI, didoakan agar pejuang2 Islam di Malaysia khususnya dan di tmpt2 lain amnya akan sentiasa bersemangat dlm meneruskan jln yg telah dipilih ini kerana... bkn nilaian pada mata manusia yg kita inginkan, sebaliknya nilaian pada pandangan Allah jualah yg ingin kita dambakan.. ALLAHUAKBAR!

Mohon maaf jika tersilap samada sengaja / tak disengajakan, insyaAllah akan cuba berkongsi motivasi2 yg lain pada posting akan dtg..

Wassalam


Peserta prgm SPIES BELIA 1-2 Ogos 2009


Friday, July 17, 2009

Adakah kau lupa...??

SALAM...

Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Dalam kesibukan menjalankan rutin kehidupan, kadang-kadang kita terlupa apakah matlamat kita berada di alam ini.. Teringat pula saya pada lagu yg menjadi "favourite" saya kini: ADAKAH KAU LUPA by ALARM ME.. Sila klik di bawah.. Hayati liriknya, dan juga lagunya yg membangkitkan semangat perjuangan utk agama..

Mana tau, kdg2 kita ni lemah, lesu dan tak bermaya dlm meneruskan perjuangan.. sedangkan Rasulullah SAW, junjungan mulia kita umat Islam tak pernah langsung rasa / terdetik / melafazkan kata "lesu" dlm menyampaikan da'wah.. Rasa malu sungguh kalau kita cepat mengalah.. Rasulullah yg ma'sum (terpelihara dari perbuatan keji dan sia-sia), kekasih Allah pula tu.. tidak pernah melatah apatah lagi berganjak dari jalan da'wah..


Sungguh malu, wahai diri!

Lihatlah apa yg ada dlm hati, wahai diri!

Jom sama-sama kita menginsafi kekurangan diri tapi tidak menjadikannya alasan utk tewas dlm berjuang.. Kerana kita ada Allah, kita ada Rasulullah, kita punya doa sebagai senjata..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar...

P/S: Terima kasih kpd blogger yg membenarkan blogger lain download lagu / video yg bermanfaat ini.. Moga usaha yg mungkin dianggap kecil di mata manusia ini mendapat nilaian yg besar di sisi Allah Subhanahuwata'ala.. Ameen..